Pelakon Emma Maembong mengakui terkejut apabila menerima lamaran ramai lelaki di media sosial.

Menurut Emma, laman sosialnya dipenuhi mesej peribadi lelaki yang mahu melamar apabila mengeluarkan kenyataan bersedia menerima pinangan sesiapa sahaja, baru-baru ini.

"Saya terkejut apabila ramai lelaki yang mahu melamar di laman sosial, sedangkan saya hanya berseloroh.

"Apabila menyentuh soal teman hidup, sudah tentu saya mahu terlebih dulu mengenali lelaki yang bakal sehidup semati dengan saya.

"Lelaki itu juga perlu berani bertemu ayah saya kerana dia adalah insan nombor satu dalam hidup saya," katanya.

Tambah Emma, dia masih berbaik dengan bekas kekasihnya, malah Kamal turut datang menziarahinya di Kuala Terengganu ketika Syawal lalu.

Namun, itu tidak bermakna mereka kembali menyambung hubungan cinta kerana Emma mengakui, masih selesa bersendirian.

Sumber: Berita Harian Online