Penyanyi Aiman Tino mengakui pernah mengalami tekanan dalam hidupnya apabila mula menceburkan diri bidang seni.

Menurut Aiman, dia menggap perkara itu sebagai perkara remeh dan tidak mahu memikir mengenai kritikan yang dilemparkan oleh peminat.

"Saya juga pernah berasa tertekan sebelum ini pada awal penglibatan dalam industri hiburan.

"Banyak komen negatif yang diberikan oleh orang ramai pada saya namun saya tidak menganggap perkara itu sebagai serius.

"Sampaikan ke hari ini ada juga yang masih memberi komen-komen negatif pada saya namun saya anggap perkara itu sebagai perkara remeh dan melihat daripada sudut positif.

"Saya tidak mahu memikirkan sangat komen negatif yang diberikan sebaliknya saya berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang," katanya kepada Astro Gempak.

Aiman berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelumba Toyota Gazoo musim kedua di APW Bangsar, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram