Bagi peminat genre muzik K-pop, tujuh kumpulan popular dari Korea akan singgah mengadakan persembahan di negara ini tidak lama lagi.

Mereka terdiri daripada kumpulan F.T. Island, EXID, Monsta X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN dan
Boyfriend dibawa ke sini untuk menjayakan Festival Muzik K-WAVE 3 yang dijangka berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Ogos nanti jam 8 malam.

Menariknya, persembahan mereka kali ini akan diadakan di lokasi tertutup dibandingkan tempat terbuka untuk persembahan dua tahun berturut-turut sebelum ini.

Kali ini, konsert yang dibawa khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR memberi peluang pada peminat K-pop berhibur dengan 39 penyanyi idola meeka dalam persembahan lebih daripada 2 jam.

Buat peminat K-pop yang berusia antara 15 sehingga 17 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) yang ingin menyaksikan konsert ini dapat membeli tiket pada harga RM34.

Mereka juga bersama pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan konsert ini dengan menebus Pakej Masuk iaitu dengan cara membayar hanya wang pemprosesan sebanyak RM4.

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi tiket konsert dan yuran pemprosesan dan Sim
Pek Mcalls Y33 yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498.

Semua Pakej Masuk boleh dibeli menerusi laman sesawang, www.mcalls.asia/kwave3. Untuk maklumat lanjut, boleh juga melayari di Facebook, @MacpiePro ataupun www.macpiepro.com.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: soompi.com & teenage.com.sg