Anak keenam legenda rock Amy Search dilaporkan meninggal dunia ketika dalam kandungan.
Berita mendukacitakan itu dikongsikan Amy sendiri menerusi Instagramnya malam tadi.
"Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan.
"Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak esak.
"Kini tiada lagi cerita
baby yang bakal mereka miliki antara mereka," tulis Amy.
Amy bagaimanapun reda dan percaya ada hikmah dalam setiap dugaan yang dihadapinya.
"Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini.
"Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-Nya," tambahnya.
Amy dan isterinya Norish berkongsi kegembiraan pada awal Mei lalu dan mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata baru tidak lama lagi.
Ini merupakan zuriat keempat hasil perkahwinan dengan Norish.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aku.amysearch
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di