Selebriti Chef, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap pemandu di Thailand yang tidak cepat marah jika ada kereta lain menghalang kereta mereka (double park) di tempat letak kenderaan.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya Fazley Yaakob berkongsi pengalaman menolak kereta di tempat letak kereta yang menghalang kenderaannya.

Menurut Fazley yang berada di Bangkok, Thailand itu penduduk di sana sudah biasa dengan situasi doble park dan hanya bersabar menolaknya sebelum mengeluarkan kereta.

Fazley yang memuat naik video ke entri IG tersebut menunjukkan dia telah menolak sebuah kenderaan yang menghalang keretanya untuk keluar dari tempat letak kereta itu.

Penyanyi lagu Asmara Ini itu turut mempersoalkan adakah pemandu kenderaan di Malaysia mempunyai sikap sabar seperti di Thailand.

Rata-rata netizen memberikan pandangan dan pendapat dari persoalan Fazley itu.

Di shopping mall #Bangkok kebanyakan kereta memang di double park, lepas tu sorang pun takde marah2 atau hon lama2. Masing2 penyabar yang amat. Agak2 kita di Malaysia mampu ke sesabar mereka?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Fazley difahamkan ke Bangkok atas urusan kerja dan bercuti.

Foto: IG Fazley Yaakob
Teks oleh: Syafiqah Jalal