Drama bersiri arahan Michael Ang, Rahsia Hati Perempuan telah melabuhkan tirainya minggu lalu.

Dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Uqasha Senrose dan Mira Filzah, pengakhiran drama bersiri ini tidak dapat dijangka oleh ramai peminat.

Menerusi pemerhatian di laman sosial, masih ramai orang memperkatakan mengenai drama bersiri ini.

Kami senaraikan empat perkara yang membuatkan penonton masih belum boleh move on dengan drama bersiri Rahsia Hati Perempuan:

1) Penampilan
Wardrobe mereka menarik! Penampilan pelakon drama bersiri ini begitu dititik beratkan oleh pihak produksi. Masakan tidak, khidmat penata gaya terkenal, Abu Shaef Hamza digunakan untuk Rahsia Hati Perempuan.

2) Lokasi
Lokasi yang digunakan juga menarik dan menggamit perhatian penonton. Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta Perth, Australia.

3) Lakonan
Lakonan mereka sangat meyakinkan. Selain persembahan lakonan empat teraju utama, lakonan aktres tersohor Fauziah Datuk Ahmad Daud juga memberikan kesan dalam hati peminat.. Best!

4) Jalan Cerita
Jalan cerita Rahsia Hati Perempuan memang tidak boleh dijangka! Tidak klise seperti drama bersiri lain, kredit harus diberikan kepada penulis skrip yang menghasilkan karya seperti ini.

Jom kita saksikan Oppo Best Moment untuk drama bersiri Rahsia Hati Perempuan!


Drama bersiri Rahsia Hati Perempuan di bawakan khas oleh telefon pintar Oppo F7.

Dengan kamera hadapan beresolusi 25 megapiksel, Oppo F7 merupakan telefon pertama menggunakan hardware HDR di kamera hadapan.

Mempunyai pengecaman kecantikan A.I. 2.0, ambil selfie individu lebih terperinci serta selfie berkumpulan lebih cantik!

Dilengkapkan dengan swafoto A.I., abadikan kejelitaanmu yang sebenar dengan Oppo F7!