Kelakuan pelik aktor Iqram Dinzly di laman sosial miliknya sebelum ini pernah mengundang pelbagai kecaman.

Menurut Iqram, dia telah menyedari bahawa kelakuan-kelakuan peliknya sebelum ini telah memalukannya dan dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

"Saya tidak kisah apabila dianggap sudah tidak siuman kerana hanya saya tahu, apa yang saya rasa. Apabila tersedar, saya malu dengan perbuatan sendiri. Saya bukan lagi Iqram Dinzly yang dulu.

"Terdetik juga di hati, apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya terperangkap dan terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang saya buat," katanya.

Pelakon drama bersiri Dunia Baru ini juga menyatakan bahawa dia telah menemui dirinya ketika 10 malam terakhir Ramadan baru-baru ini.

“Cukuplah, saya tidak mahu buat kerja gila lagi, dulu saya fikir boleh berkongsi apa yang dilalui dengan khalayak, tetapi saya silap,” ujar Iqram.

Teks : Asraf Aided
Sumber : BH Online