Iklan Raya istimewa terbitan Astro yang berjudul Gaya Raya Paling Ori nyata memberikan impak tersendiri.

Meraih hampir 7.6 juta capaian di laman sosial Facebook, iklan ini mengisahkan mengenai seorang jejaka bernama Wak Nik yang berada dalam dilema untuk memilih busana yang mahu digayakan sempena sambutan Raya.


Astro lari daripada kebiasaan dan menampilkan iklan Raya yang mencuit hati.

Karya yang mengangkat semangat #MeriahBersama ini memaparkan unsur satira dan komedi, berbeza dengan karya sebelum ini.

Aktor popular, Sabri Yunus turut menghidupkan iklan Raya ini dan membawa watak sebagai tukang karut!

Adik-adik Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim 2, Pengkalan Chepa, Kota Bharu turut 'terpengaruh' dengan iklan raya istimewa ini.

Dalam satu kiriman video, mereka menyanyikan semula bait-bait Dikir Barat yang terdapat dalam iklan Raya Astro.

Mereka kelihatan sangat comel dan mempunyai bakat tersendiri, syabas!

Jom kita saksikan aksi adik-adik berbakat ini: