Demam Pokemon Go nampaknya kembali hangat selepas menjadi perbualan mula dilancarkan awal Julai yang lalu.

Namun peminat di benua Asia menzahirkan rasa kecewa kerana aplikasi permainan ciptaan Niantic yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat itu masih belum boleh dimuat turun menerusi aplikasi Android dan iOS kecuali di negara Jepun.

Berikut adalah fakta ringkas yang anda perlu tahu sebelum permainan Pokemon Go tiba di Malaysia:

1. Bermula sebagai sebuah permainan video Nintendo ciptaan Satoshi Tajiri dan Ken Sugimori pada 1996. Kemudian dikembangkan animasi televisyen, filem, komik dan permainan kanak-kanak. Pokemon diiktiraf permainan video kedua paling berjaya dibelakang francis Mario.

2. Pokemon Go merupakan permainan gajet yang menggabungkan alam nyata dan system nagivasi GPS yang disediakan. Watak utama, Ash Ketchum bertindak untuk mengesan dan menangkap seperti Bulbasaut, Pikachu atau Jigglypuff tidak kira waktu dan tempat.

3. Namun sejak dilancarkan, beberapa siri insiden tidak diingini berlaku seperti kemalangan jalan raya kerana terlalu leka memburu makhluk Pokemon. Malah viral apabila seorang lelaki sibuk menyelesaikan misi di saat isteri bersalin!

4. Pelbagai syarikat besar mula melancarkan perkhidmatan menarik untuk pemain aplikasi tersebut. Antaranya PokeMobile yang menawarkan perjalanan secara percuma untuk ke Poke Stop yang terdekat.

5. Pakar Psikologi Antarabangsa, Dr Edward Chan menjelaskan permainan Pokemon Go boleh mengatasi masalah kemurungan, fobia dan kebimbangan sosial. Ianya juga boleh meningkatkan kecergasan pemain yang perlu berjalan atau berlari untuk memburu misi mereka.

6. Lebih menarik, aplikasi permainan video Mana Naga bersempena program Maharaja Lawak Mega 2013 terlebih dahulu muncul dengan idea permainan video mudah yang mencari naga di skrin telefon pintar untuk mengumpul mata.

Jadi sementara menunggu permainan video Pokemon Go muncul di Malaysia, muat turun aplikasi Mana Naga di Android dan iOS untuk alami sendiri pengalaman yang serupa di telefon pintar anda!