Aktiviti Marhaban yang pernah pernah popular di kampung suatu ketika dulu kembali diadakan bersama penyampai radio Zayan dan barisan selebriti popular.

Pengurus Saluran, Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata acara selama dua hari yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu berjaya memeriahkan suasana antara pendengar dengan penyampai radio itu bersama golongan selebriti yang dijemput terdiri daripada kumpulan Mestica, Far East, Fitri Haris dan pelakon, Johan As'ari.

"Memang meriah apabila penyampai Zayan berkesempatan ziarah ke tiga rumah pada hari pertama pendengar dan tiga rumah lagi pada hari kedua," katanya kepada Astro Gempak.

Ujarnya, acara yang bermula jam 12 tengah hari dimulakan dengan selawat beramai-ramai daripada penyampai Zayan bersama selebriti di ruang parkir sehingga ke rumah pendengar terpilih.

"Selepas disambut tuan rumah, kami sambung berselawat dalam rumah sehingga 5 minit. Kemudian Mawi mengucapkan tahniah kepada tuan rumah selaku pemenang terpilih untuk aktiviti ini," katanya.



Menariknya, kunjungan barisan penyampai ini termasuk Anas Tahir, Adiela Ridzuan, Lin Ariffin, Raqib Majid dan Falyq Hikyle turut membawa bersama nasi dagang dengan nasi hujan panas bersama ayam masak merah dijamu kepada semua pememang.

"Seorang mualaf iaitu Mah Wai Kit juga turut bermahaban dan menyanyikan lagu cina serta mengimamkan solat Zohor di rumah kedua di hari terahkir.

"Aktiviti julung kali ini berjaya mengimarahkan dan mengalakkan budaya silaturahim tanpa mengira bangsa serta mengembalikan nosgalgia marbahan," katanya.



Wan Syahrul menyatakan Zayan juga mengadakan FB Live ketika solat Zohor. Daripada repsons penyampai Zayan, mereka meminta agar program seperti ini tidak hanya diadakan ketika Aidilfitri tetapi sebulan sekali.

"Kami juga mengalukan penaja untuk turut serta dalam aktiviti sebegini pada masa akan datang," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @zayan.my