Tidak ramai peminat yang mengetahui komposer dan penulis lirik terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pernah menghasilkan lagu terakhir berjudul Bidadari yang dinyanyikannya sendiri.

Lagu istimewa itu dimuat naik isterinya, Nora Ariffin di Instagram yang dikongsi bersama peminat dan netizen.

"Mungkin ramai yang tak tahu, Johan Nawawi juga boleh menyanyi dengan baik. Cuma dia lebih suka bekerja 'behind the scene'.

"Namun, di saat akhir hayatnya, arwah sempat merakamkan lagu terakhir beliau. Ciptaan dan dinyanyikan oleh beliau sendiri. Lirik oleh Johan Nawawi dan Datuk Fauzi," katanya.

Hari ni 29/6/2018- Jumaat. Happy 52nd bday buat satu- satunya Johan Nawawi. Saya nk share..... Mungkin ramai yg tak tahu.. Johan Nawawi juga bole menyanyi dgn baik...cuma dia lebih suka bekerja behind the scene. Namun...disaat akhir hayatnya, arwah sempat merakamkan lagu terakhir beliau. Ciptaan & dinyanyikan oleh beliau sendiri. Lirik oleh Johan Nawawi & Dato Fauzi Dengarkanlah lagu terakhir dari Johan Nawawi.....BIDADARI. Lagu yg dipetik dari album TRIBUTE 30 JOHAN NAWAWI. Ya Allah...tempatkanlah suamiku bersama org2 yg beriman. Semoga dpt bertemu dgn Bidadari syurga. Johan Nawawi 29/6/66-2018 Al- Fatihah. #jn30tribute #adadalamtiadabynora

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on


Dalam status yang sama, Nora turut mengucapkan selamat hari jadi ke-52 buat arwah suaminya itu.

Nora menyatakan lagu Bidadari dimuatkan dalam album Tribute 30 Johan Nawawi.

Status Nora itu turut mendapat perhatian netizen di media sosial yang juga menyampaikan sedekah al-fatihah pada arwah.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @itsnoraariffin