Jenama sneaker terkenal, Converse telah mengesahkan bahawa Zayn Malik adalah duta terbaru kepada jenama itu.

Semalam, Zayn telah memuatnaik gambarnya memakai sneaker dari Converse dan meletakkan simbol bintang di ruangan kapsyennya.

Pihak Converse turut memuatnaik gambar penyanyi hit itu di akaun Instagram mereka.

Menurut Zayn, dia sangat meminati rekaan-rekaan dari jenama tersebut sejak dulu lagi, malah dia pernah menyebut jenama itu dalam salah sebuah lagunya sebelum ini.

Teks : Asraf Aided
Sumber : footwearnews.com