Peminat memuji usaha pelakon Zara Zya yang telah membuat kejutan hari jadi untuk kekasihnya, Hafreez Adam.

Video yang dimuat naik oleh Zara Zya ke Instagram (IG) miliknya telah mendapat perhatian peminat dan pengikut laman sosialnya.

Menerusi video tersebut menunjukkan Zara memakai maskot beruang datang berjumpa kekasihnya yang sedang menunggu di sebuah kafe.

Rata-rata mengatakan usaha Zara sangat romantik.

“Sumpah sweet,” tulis salah seorang pengikut IGnya

Sorong papan tarik papan. Best tak kena prank? @hafreezadam ? Happy belated birthday awak ?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Foto: IG Zara Zya
Teks oleh: Syafiqah Jalal