Pelakon yang kini bergelar penyanyi, Alvin Chong muncul dengan single terbaharu We Got This berduet dengan penyanyi Filipina, Isabela Vinzon.

Namun, sejauh manakah keyakinan Alvin untuk menambat hati pendengar menerusi single keempatnya yang baru dilancarkan semalam?

"Ikut selera orang sebenarnya, ada orang suka saya berlakon dan ada yang suka saya menyanyi.

"Namun, saya tidak pernah menghadiri sebarang kelas profesional untuk lakonan mahupun nyanyian.

"Kebanyakannya saya belajar daripada pengalaman dan latihan.

"Lagu ini sebenarnya mencabar saya daripada segi cara nyanyian dan sebutan bahasa Inggeris saya sebenarnya.

"Kedua-dua bidang kini menjadi keutamaan saya sekarang," katanya kepada Gempak.

Alvin ditemui pada majlis pelancaran single We Got This di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, Alvin pernah muncul dengan beberapa single iaitu Oh! (2015), Lagu Mu (2016), Mencintaimu (2017) dan Aku Kamu (2017).

Malah, Alvin bakal muncul dengan single berbahasa Mandarin tidak lama lagi.

? ALERT We Got This MV is dropping on Friday, June 29! Meanwhile, make sure to stream or download “We Got This”, link in bio. @alvinchong123 #WeGotThis

A post shared by ISABELA VINZON (@lalavinzon) on



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @alvinchong123