Sensasi pop yang sedang meningkat naik, Dua Lipa terpaksa menghentikan konsertnya yang sedang berlangsung baru-baru ini di Denver, Colorado.

Menurutnya, dia terpaksa melakukan sedemikian kerana mengalami masalah kesihatan.

Penyanyi muda itu menghidap jangkitan di gegendang telinga yang boleh mengakibatkan kerosakan kekal.

Dua Lipa dikatakan meninggalkan pentas selepas menyanyikan tiga buah lagu dan memberitahu peminatnya tentang masalah kesihatan itu.

Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 26 Jun baru baru ini juga terpaksa dibatalkan kerana masalah yang sama.

Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org