Penyanyi asal Inggeris, Adele ingin menceburi bidang lakonan untuk mencapai cita-citanya.

Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, Adele dilaporkan sanggup menguruskan badan.

Adele giat melakukan senaman dengan mendapatkan bantuan video daripada jurulatih terkenal Joe Wicks demi mendapatkan tubuh idealnya.

“Adele dikatakan bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang aktres. Dia menjaga pemakanan dan bersenam di rumah untuk mengurangkan berat badann," kata sumber terdekat,

Adele dilaporkan bakal muncul dalam filem Doctor Dolittle dan Oliver Twist. Menerusi filem Doctor Dolittle, Adele bakal berlakon disamping aktor popular, Robert Downey Jr.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: DailyMail