Pelakon dan pengacara jelita, Dira Abu Zahar menang Anugerah Pengarahan Terbaik bersama Syed Zalif menerusi pementasan Teater Muzikal Dia Semanis Honey pada acara BOH Cameronian Arts Awards, kelmarin.

Dia berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial di Instagramnya sambil mengucapkan tahniah pada pelakon Alif Satar turut menang Anugerah Pelakon Utama dan Rekaan Set Terbaik untuk pementasan tersebut.

Masyallah... masyallah. .. Masyallah... . Syukur saya yg amat2 kehadratAllah SWT di atas rezeki yg sgt2 tak di duga ini. . Dalam kesibukan demi parti kesayangan, saya di khabarkan ttg kemenangan untuk ketiga- tiga pencalonan dlm kategori Best Main Role @alifsatar, Best Set Design Uncle Ashraff, dan Best Directing saya dan Abg Syed Zalif, untuk kerja gila kami Teater Muzikal Dia Semanis Honey utk Anugerah BOH Cameronian Arts Awards. . Pementasan ini takkan mampu pergi sejauh ini tanpa kerjasama kawan- kawan yg lain seperti: . All of the cast @sitinordiana, @ninajuren, Liza Shadan, @ungkuhariz, @fizathomas_, @nadyasyahera, @marshamilan dan semua semua semua cast yg lain..... . Script & acting coach abg wan from @revolutionstage. Abg.Kudin & Abg.Hafiz for music. Pat Gui & Hamidon for Floor. Mahmud Projection Abg.Jai Lighting Abu Costume Faizal Fauzi Sound Effect Dan semua geng ensemble.. . And of course, terima kasih yg tak tahu nak ckp mcmana kepada team saya, my back bones and my pillars and love of my life, team @hyperpicturessdnbhd. Terima kasih kerana cekal dan tabah hati Serta kuat semangat melayan kerenah saya sbg bos korang di sepanjang perjalanan buat kerja gila ini. . . And to Astro, thank you for the trust. Dan paling2 tak leh di lupakan dlm kes ini, adalah my partner in crime @michaelang38 Yang percaya saya dan team bulat2 utk olahkan penceritaan Dia Semanis Honey dalam bentuk pementasan muzikal. .. Insyallah, ada rezeki kita ketemu lagi. Ini adalah kemenangan untuk Kita semua. . Thank you to all the fans of Dia Semanis Honey yg datang repeat, it tak, followers novel, drama and Teater. . . Korang mmg awesome!!. . I can never be the best without any of you. Each of you out there. . Thank you. Thank you. Thank you. . #diasemanishoneymuzikal

A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar) on


Dira sebelum ini menyatakan komitmennya untuk terbabit dalam bidang politik selepas dipilih sebagai Ketua Puteri Bahagian Jasin, Melaka.

Kejayaan selebriti itu juga dinyatakan menerusi Instagram dan Twitter akaunnya yang turut mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Dira yang sebelum ini dilihat aktif berkempen untuk parti pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, terus menunjukkan minat berpolitik apabila bertanding untuk bahagian Puteri UMNO di Jasin.

Dalam satu status di Instagramnya, Dira menyatakan dia menyertai UMNO kerana berhajat untuk mencipta revolusi sendiri yang berbentuk pembaharuan mengikut peredaran masa dan citarasa anak muda hari ini.

"Saya tahu, adakalanya perjalanan politik bukanlah semua yang disangka. Adakala kita terpaksa terima hinaan, cercaan dan kata-kata nista untuk melemahkan kita.

"Namun, saya belajar dari bapa saya adakah cercaan itu mematikan? Tidak," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @diraabuzahar