Bintang rap Hollywood, Cardi B mengakui dirinya tidak bersedia dan bimbang untuk hamil.

Penyanyi itu takut status kehamilannya itu boleh menjejaskan reputasi kerjayanya.

Cardi B kini telahpun hamil tetapi dia tidak selesa jika berita kehamilan itu diketahui umum dan meminta agar syarikat rakamannya merahsiakan perkara itu.

Namun begitu, setelah perkara itu tidak dapat dirahsiakan lagi, syarikat rakamannya memintanya menyiapkan proses penghasilan albumnya dan berehat.

Walaubagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu tetap bersemangat dan akan meneruskan kesemua perjanjian kontrak yang telah dibuat.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Mstar