Penyanyi dan komposer popular, Yasin Sulaiman berkongsi satu kisah menyentuh perasaan ketika dia memberikan duit raya pada seseorang selepas tidak berbuat demikian sejak enam tahun lalu.

Apa yang membuatkan netizen terharu selepas melihat Yasin juga tidak dapat menahan sebak ketika bercerita pengalamannya itu.

"Gembira apabila kita boleh buat orang lain gembira. Kegembiraan yang hakiki adalah datang daripada apabila kita berjaya membuatkan orang lain gembira," katanya dalam satu status menerusi Instagram, hari ini.

Yasin memuat naik tiga video yang dirakam dalam sebuah studio.

10 tahun underground. nangis. @youtube @yasinsulaiman

A post shared by Yasin Sulaiman | Malaysia (@yasinsulaiman) on


Video pertama menunjukkan dia memberitahu gembira melihat orang lain bahagia terutama ketika dia dapat menggembirakan orang lain sama ada dengan cara memberi hadiah.

Yasin juga mendedahkan selama sedekad dia hidup dalam 'underground', tersisih sehingga pendapatan berkurangan.

Malah, dia berkongsi cerita bagaimana dia memberikan duit raya pada seorang lelaki yang sudah enam tahun tidak menerima duit raya daripadanya.

"Saya kira dah enam tahun saya tidak bagi dia duit raya. Jadi, saya bagi dia RM300 dan dia menangis," katanya yang kemudian sebak.

Reaksi Yasin itu menarik perhatian netizen yang berkongsi perasaan sama dan mendoakan agar selebriti itu dimurahkan rezeki.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @yasinsulaiman