Primadona filem alaf baru, Erra Fazira menjelaskan kunjungan penyanyi Shahir Zawawi pada 1 Syawal lalu bukanlah bertujuan untuk merisik.

Shahir yang datang bersama keluarganya di kediaman Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 44,untuk berhari raya.

"Kunjungan tersebut disifatkan bukan dengan tujuan istimewa. Saya sudah lama kenal dengan keluarganya. Tiada sebarang perbincangan atau majlis merisik diadakan.

“Mereka hanya datang beraya sahaja. Malah tiada masakan istimewa pun untuk dia hanya juadah raya saja,” kata Erra.

Tambah Erra, hubungannya dengan penyanyi itu hanya sekadar berkawan.

"Hubungannya yang ada tidak mempunyai sebarang perkembangan terbaru. Saya dan Shahir masih lagi pada fasa berkawan seperti yang diberitahu sebelum ini.

“Pakai pun tidak sedondon. Anda pasti dengan kecewa dengan jawapan saya kerana kami masih berkawan dan terimalah jawapan itu untuk masa sekarang,” katanya lagi.

Sumber: Mstar