Penyampai radio Era, Danial Lawak Solo berdepan dengan detik cemas selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 3 Syawal lalu.

Danial yang memandu pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Simpang Pulai.

Menceritakan detik cemas itu, Danial memberitahu ia berlaku dengan pantas dan kereta yang dipandu tidak dapat dikawal.

“Trafik di lebuh raya ketika itu memang perlahan dengan kenderaan yang banyak di atas jalan.

“Kereta saya hilang kawalan selepas kereta hadapan berhenti secara tiba-tiba.

“Saya tidak sempat menekan ‘break’ dan tiba-tiba terlanggar kereta hadapan saya.

“Tiga kereta terlibat dalam kemalangan itu kerana kereta hadapan saya turut berlanggar dengan kereta hadapannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Danial bersyukur kerana dia selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Alhamdulilah, saya selamat cuma dagu saya yang terhantuk ke 'steering' sahaja lebam.

“Kereta saya pula remuk dibahagian depan sebelah pemandu.

“Jadi kereta saya ketika itu terpaksa ditarik dengan lori 'towing' hingga ke Kuala Lumpur,”ceritanya lagi.

Danial mengalami kecelakaan jalan raya pada 17 Jun lalu, jam 9.45 malam dan selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 6 pagi keesokkan harinya.

Foto: IG Danial Lawak Solo
Teks oleh: Syafiqah Jalal