Selebriti serba boleh, Alif Satar bakal membawa keluarga besarnya bercuti di Thailand pada minggu kedua sambutan Hari Raya.

"Tahun ini, Syawal disambut di Kuala Lumpur sahaja. Insya-Allah, pada minggu kedua Raya, kami sekeluarga bakal ke Thailand untuk bercuti.

"Jadual saya sangat padat dan akhirnya saya dapat peluang untuk bercuti. Tak sabar rasanya untuk menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga," kata Alif.

Dalam pada itu, aksi Alif boleh disaksikan dalam filem televisyen (FTV) The Hantus yang mula bersiaran pada 1 Syawal.

"Saya sangat teruja dengan projek ini kerana dapat membawa watak yang berbeza berbanding watak-watak yang pernah saya jayakan sebelum ini.

"Saya juga senang dapat bekerjasama dengan pelakon lain seperti Faizal Hussein, Hannah Delisha, Khatijah Tan dan ramai lagi," katanya.

The Hantus bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 bermula 1 Syawal (15 Jun 2018).

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton The Hantus dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, The Hantus juga boleh disaksikan menerusi platform digital 'on demand'.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Alif