Pelakon Hafreez Adam mengakui usia bukan menjadi penghalang untuk dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama Zara Zya,33.

Menurut Hafreez, 28, berkata, dia berlapang dada untuk menerima kehadiran Zara Zya dalam dirinya.

"Keluaraga saya memang tiada halangan biarpun dia lebih matang daripada saya.

"Mereka sentiasa menyokong dengan apa juga yang dilakukan oleh saya dan menghormati pilihan saya asalkan saya gembira.

"Lagipun keluarga saya memang berlapang dada menerima Zara sebabnya walaupun dia artis namun imej dia dalam bidang seni sangat bersih malah dia tidak pernah dikaitkan dengan cerita-cerita negatif.

"Jadi bagi saya usia itu tidak menjadi masalah kerana ia hanya sekadar angka dan yang penting adalah hati masing-masing," katanya kepada Astro Gempak.

Hafreez berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Previu Program Syawal Meriah Bersama Astro di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Hafreez berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu bersama Emma Maembong yang akan ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram