Pemain bola sepak sensasi, Cristiano Ronaldo membintangi filem pendek Raya Astro 2018, Gaya Raya Paling Ori.

Gaya Raya Paling Ori mengisahkan mengenai seorang pemuda yang bernama Wak Nik yang selalu mahu tampil dengan gaya asli dalam apa jua perkara yang dilakukan.


Haa, sebenarnya, kalau anda dah menonton filem pendek Raya Astro tahun ini, kelibat Ronaldo dapat kelihatan sewaktu Wak Nik sedang pening untuk memikirkan baju apa yang mahu dipakai bersempena Syawal ini.



Ronaldo baru sahaja memenangi Kejohanan Liga Juara-Juara UEFA bersama Real Madrid dan akan mewakili Portugal pada Piala Dunia akan datang.

Astro merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2018 Rusia di Malaysia dan anda dapat menyaksikan kesemua 64 perlawanan secara langsung di Astro!

Astro juga akan turut membuat liputan komprehensif kesemua 64 perlawanan sepanjang musim perayaan ini.

Bukan itu saja, kesemua 64 perlawanan dapat disaksikan dalam definisi tinggi (HD) dan juga boleh dialami dalam bentuk realiti maya (VR) untuk pengalaman menonton seakan berada di dalam stadium!