Syawal ini bakal menjadi lebih bermakna buat pelawak Achey dan isteri apabila dapat bersama anak angkat mereka.

Achey menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memberitahu penantian mereka selama lapan tahun untuk mempunyai cahaya mata telah berakhir dengan kahadiran bayi perempuan tersebut.

Bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu diambilnya sejak 6 Ramadan lalu.

Ahli kumpulan Bocey itu turut meminta mendoakan kesejahteraan serta kesihatan anaknya itu.

Achey gembira kerana Saywal ini dapat beraya bertiga bersama Nur Tiara

Pelawak itu turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu.

Assalamualaikum Bismillah... alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara...setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki di kurniakan cahaya mata.. namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke 6... anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu... .. NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama di berikan... @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 .. pada jam 8.05pm ... di HKL....selama hampir sebulan kami berada di kg... terutama @anne_achey... ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? ... jawapannya menjaga tiara dalam pantang?????..... tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 yang hebat... yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembiraaaa tak terkata..??...kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial ... semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya....RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!.. ... .. Jangan lupa follow @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Foto: IG Achey Teks oleh: Syafiqah Jalal