Penyanyi popular Aishah kini muncul dengan lagu terbaru berjudul Malar sebagai taruhan baru buat peminatnya.

Aishah yang cukup popular dengan banyak lagu genre balada antaranya Janji Manismu dan Camar Yang Pulang mengambil peluang bekerjasama dengan Hazami sebagai komposer lagu tersebut selepas mereka terbabit dalam program Gegar Vaganza musim keempat sebelum ini.

Antara Aishah dan Hazami, kedua mereka saling mengagumi satu sama lain sehingga muncul kerjasama sulung mereka kali ini.



Menariknya, lagu dan lirik ciptaan Hazami ini diterbitkan Helen Yap yang juga bertanggungjawab dalam membuat susunan lagu serta memasukkan elemen 'live string'.

Aishah memberitahu dia sangat menyukai lagu ini kerana melodi dan lirik yang bagus sama seperti lagu-lagu terdahulunya sebelum ini cuma bezanya, lagu baru ini membawa elemen muzik secara 'live string'.

Lagu baru ini akan dipasarkan pada Julai nanti dan turut dipersembahkan pada Konsert Dua Diva yang akan berlangsung di Esplanade, Singapura pada 13 Julai nanti.

Teks oleh: Elrafaei Sapi