Penyanyi popular, Adibah Noor mencuri perhatian apabila menegur penyanyi baru Haqiem Rusli mengenai sebutan bahasa Inggeris dalam lagu yang dinyanyikan berjudul, Jatuh Bangun.

Menerusi laman sosial Twitter semalam, Adibah memuji lagu tersebut namun berterus terang mengatakan dia tidak faham sebutan lirik bahasa Inggeris Haqiem yang diselitkan dalam lagu berkenaan.



Tweet Adibah itu telah mendapat perhatian daripada ramai netizen yang turut bersetuju dengan teguran tersebut.

Pun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang cuba mempertahankan Haqiem dengan memberikan pelbagai alasan.

Haqiem juga tidak mendiamkan diri serta turut membalas status Twitter Adibah.

Penyanyi muda itu terharu dengan teguran tersebut dan menerimanya dengan hati terbuka.

Sementara itu, Adibah menasihati Haqiem supaya mempunyai seseorang yang boleh mengajarnya selepas ini.