Baru sahaja berusia empat tahun, Didi & Friends menerima 'Gold Creator Award' dari YouTube kerana telah mencapai satu juta 'subscribers'!

Sebagai penghargaan untuk peminat, Didi & Friends akan menghasilkan ‘Didi & Friends The Movie’ yang dijangka keluar pada tahun 2020.

Bermula Mei 2014, Didi & Friends merupakan saluran YouTube yang ke-7 di Malaysia yang berjaya meraih satu juta 'subscribers'.

Antara saluran lain yang berjaya meraih 'Gold Creator Award' dari YouTube adalah Astro Gempak dan Cartoon Hooligans.

Hampir 900,000 'subscribers' datang dari Malaysia manakala negara lain yang turut 'subscribe' adalah Indonesia, Singapore, Thailand, Amerika Syarikat, Saudi Arabia dan lebih 50 negara yang lain.

Bermula dengan tujuh orang pekerja, kini Didi & Friends berkembang pesat dan mempunyai 76 orang pekerja.

Kini, Didi & Friends mempunyai hampir 100 lagu, 39 episod cerita dan 1 konsert di pawagam.

Selain itu, Didi & Friends mempunyai lebih 300 produk yang dijual di seluruh Malaysia dan berada dalam lapan bahasa tahun ini iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, English, Spanish, Portuguese, Thai dan Vietnamese.

Teruskan sokongan anda terhadap Didi & Friends yang bakal menghasilkan lebih banyak kandungan yang berkualiti!