Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan rakyat Malaysia mendedikasikan semangat patriotism dalam pelbagai cara.

Terkini, figura Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah dijelmakan dalam versi Lego oleh seorang pengumpul tegar, Vincent Kiew.

Figura Lego Tun M tampil dengan sut kelabu ikonik yang sering disarung pemimpin negara itu manakala, Tun Hasmah berdiri di sebelah beliau dengan berbaju kurung ungu dan menjinjit tas tangan putih.

Kiew berkongsi sekeping foto figura lego Tun M dan Siti Hasmah di Facebooknya, Bricks Art by VQ baru-baru ini yang akhirnya mendapat reaksi mengujakan dalam kalangan pengguna media sosial.

"Ada banyak kisah yang menyentuh hati namun cerita Tun M dan Tun Dr. Siti memberikan inspirasi untuk sentiasa mencintai pasangan kita," tulis Kiew.

Selain figura Tun M dan Siti Hasmah, Kiew pernah mencipta Malaysia Heritage House, A Famosa dan bas mini merah jambu yang pernah popular suatu ketika dahulu.




Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Bricks Art by VQ