Isteri kepada penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak, Amira Asyura Abd Razak, memohon orang ramai semoga mendoakan kesihatan suaminya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Amira berkongsi gambar Angah yang sedang mendapatkan rawatan dengan memakai ‘nebulizer’.

"Assalamualaikum sahabat dan followers, dia orang yang baik, walaupun orang buat macam mana sekalipun Lillahitaala suami saya orang yang baik hati budinya.

"Mungkin kadang ramai yang tak memahami dia, mahupun hanya sekadar mengenali dia atas namanya sahaja.

"Tak kira siapa pun anda semua, tolong doakan semoga suami saya diberi kesihatan seperti sediakala.

"Semoga Allah membalas doa anda semua dengan pengampunan dosa dan bahagia dunia akhirat. Amin," tulisnya.

Assalamualaikum sahabat dan followers, Dia orang yg baik, walau orang buat mcm mana sekali pun lillahitaala suami sy orang yg baik hati budinya.. Mungkin kadang ramai yg tk memahami dia, mahupun hanya sekadar mengenali beliau atas namanya sahaja.. Tak kira siapa pun anda semua, tolong doakan semoga suami sy di beri kesihatan spt sediakala.. Semoga Allah SWT membalas doa anda semua dengan pengampunan dosa dan bahagia dunia akhirat.. Aminnn #icantbearseeinghimlikethis ?

A post shared by ANGAHWAWA (@angah_lawaking) on


Rata-rata yang terkejut dengan gambar yang dikongsikan mendoakan agar Angah cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik memandangkan lagi beberapa hari menjelang Aidilfitri.

Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram