Pelakon Amyra Rosli mengakui dia berasa ragu-ragu untuk membuat keputusan memotong pendek rambutnya paras bahu.

Selama lebih lapan tahun menyimpan rambut panjang, Amyra akhirnya memutuskan untuk tampil dengan imej baharu sempena comeback selepas bersalin.

"Selama bergelar pelakon, sudah lapan tahun saya tidak potong rambut dan ini kali pertama saya potong sependek ini.

"Mula-mulanya takut juga nak potong sebab ada rakan artis cakap nanti susah nak sesuaikan dengan karakter.

"Tapi sejak kebelakangan ini rambut saya sering gugur jadi saya ambil keputusan potong.

"Selain itu saya rasa sempena kemunculan semula saya ini, saya perlukan 'fresh look' dan tampil dengan imej yang sedikit berbeza," katanya yang menjadikan Nabila Huda dan Janna Nick sebagai inspirasi artis berambut pendek.

Malah kata Amyra, rambut yang pendek memudahkan dia untuk menguruskan diri dan keluarganya.

"Rambut pendek lebih senang diuruskan terutama apabila bergelar ibu," tambah Amyra.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aamyrarosli