Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein menempelak bekas suaminya, Azmi Hata dan mendakwa pengarah itu tidak memberikan wang persiapan untuk sambutan Hari Raya anak mereka, Putri Sara Sefhia, 2.

Elly meluahkan rasa hatinya menerusi dua entri terbaru di laman Instagram miliknya.

@azmi_hata dah buka production house .. mewah skrg . Tapi tanggungjwb pada anak pulak diabaikan . Sempit rezki klu berkira dgn darah daging sendiri . @azmi_hata @azmi_hata @azmi_hata @azmi_hata @azmi_hata . @azmi_hata dah block kakak lina .. tempe pun block kakak lina ???? .. tp kakak lina x kisah sebab ada ? @azmi_hata sini ???? . Tayimmmm raya kau sebuk nak minta gamba sama, siap kau .. kakak lina dah bagi tau awal2 ni..kakak lina dah standby gamba kite 1 femeliiii dah ni . Jumpa anak x nak .. bile raya menyebuk nak bergamba bagai kau jaga . Duit nafkah anak adalah rm1500 BUKAN rm500 . Bayaran nafkah anak adalah utk setiap bulan, bukan sesuka hati kau ikut #isthikarahcinta yg kau amalkan dari dulu.. . Dendam dgn mama , anak x berdosa jd mangsa . Dendam peti ais rosak kamu.. Dendam apanye lg .. Engko tu dah kawin & ada anak lagi .. apa yg x puas hati lg .. apa yg engko nak semua dah dpt ..ke, Nak pujuk kakak lina, lepas tu kakak lina x layan ..tu yg buat engko marah sgt nihhh??? X hingin aku nak balik dgn engkooo #MuntahHijoo

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

Bila motor lagi penting dari Anak . @azmi_hata mama dah byk kali cadangkan dkat daddy sayang, jual la motor tu kalau rasa terbeban . Tp mama yakin daddy sayang mewah skrg ni sebab dah ada production haussss . #DaddySayangMama #MamaSayangDaddy #PuakaTebingBiru

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on


Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, pernah bernikah dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.

Selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elly