Pelakon Nad Zainal mendedahkan sikap sebenar suaminya Muhammad Faliq Amirudin selepas mendirikan rumah tangga selepas tiga tahun berkahwin.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia tidak menyangka suaminya merupakan seorang yang suka membantu dan tidak berat tulang.

"Sifat suami saya adalah dia merupakan seorang yang suka membantu dan tidak berat tulang untuk mnghulurkan bantuan.

"Apa-apa sahaja saya mintak tolong berkenaan dengan anak dia akan bantu.

"Sebelum ini ada juga saya mendengar kisah lelaki lain yang tidak suka membantu isteri tapi dia sebenarnya ok.

"Dalam masa yang sama dia juga pandai memasak terutama ketika saya dalam pantang," katanya menerusi temu bual di dalam program Resipi Memikat Isteri 2.

Resipi Memikat Isteri 2 dibawakan oleh Tefal iaitu pengeluar peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, memperkenalkan pelbagai Peralatan Masak antaranya Ultrablend Cook (BL962).

Faliq mengunakan produk Ultrablend Cook (BL962) untuk mengisar dan memasak mash potato istimewa dan dibantu oleh Ili Sulaiman sebagai dewi dapur.

Masakan Faliq menjadi sangat mudah apabila menggunakan produk daripada Tefal iaitu Ultrablend Cook (BL962) apabila dia cuma perlu memasukkan segala ramuan dan menekan butang program yang telah disediakan.

Pengisar Ultrablend Cook (BL962) yang digunakan oleh Faliq boleh digunakan untuk memasak dan mengisar makanan yang ingin dimakan dengan mudah.

Selain itu Tefal juga mempunyai pelbagai peralatan dan barangan perkakasan masakan yang akan memudahkan segala proses masakan di rumah.


Resipi Memikat Isteri 2 dihoskan oleh Jihan Muse dan disiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 12.00 tengah hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Raya yang dijalankan oleh Tefal, anda boleh melayari laman web http://tefal.com.my/eventsandpromotions untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi istimewa yang dijalankan.