Pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin November tahun lalu.

Namun Adib memberitahu mereka masih melalui fasa berbulan madu untuk hidup berdua.

"InsyaAllah kami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa.

"Tapi saya rasa kami masih dalam fasa bulan madu, mungkin mahu berdua dahulu untuk beberapa tahun.

"Bagaimanapun kami tidak tolak jika rezeki anak datang awal," katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Izara berkata dia tidak tertekan dengan soalaan mengenai cahaya mata kerana mengganggap ia biasa.

"Kami sering mendapat soalan mengenai anak sejak sudah berkahwin ini.

"Bagi saya biasalah orang hendak memulakan perbualan untuk berborak.

"Saya tidak tertekan kerana dulu bila belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Kini sudah kahwin soalan anak pula timbul," katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 17 November tahun lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal