Pelakon Rozita Che Wan mengakui kagum dengan sikap redha yang ditunjukkan oleh Intan berhubung krisis rumah tangganya dengan suami kepada aktres Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, mendoakan agar intan sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat bertemu jodoh yang baik pada masa depan.

"Kepada Intan, kami doakan hampa dimurahkan rezeki serta dilimpahkan rahmat seluasnya.

"Semoga dapat jodoh yang terbaik, terhensem, terkaya dan sayang awak sampai Jannah.

"Ingat teknik hentakan tumit tinggi serta tapak kaki kalau ada sesiapa cuba kacau hak hampa.

"Yang penting, kita redha.bila kita redha Allah akan tambah nikmat," tulisnya.

Kepada Intan, kami doakan hampa dimurahkan rezeki serta di limpahkan rahmat seluasnya. Semoga dapat jodoh yang terbaik, terhensem, terkaya dan sayang awak sampai Jannah . Ingat teknik hentakan tumit tinggi serta tapak kaki kalau ada sesiapa cuba kacau hak hampa . Yang penting, kita redha.bila kita redha Allah akan tambah nikmat.. ? @__iiiintan.saleh

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Rata-rata peminat turut mendoakan agar Intan dapat bertemu pengganti yang lebih baik selepas ini.

Krisis rumah tangga Intan dan Ude terlerai selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor pada 22 Mac lalu.

Ude mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri yang berusia setahun.

Pada November tahun lalu, Intan dilaporkan rela bermadu dan akan mempertahankan rumah tangganya setelah mengetahui suaminya bernikah dengan Izreen.

Izreen kemudiannya membuat pengakuan terbuka, dia sah menjadi isteri kedua Ude sejak 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara.

Foto: Instagram