Hong Leong Bank tampil dengan iklan raya berjudul ‘Abah Tak Bagi’ yang mengisahkan kehidupan Tina yang sering gagal mendapatkan barang yang dihajati daripada bapanya.

Penuh mesej, telatah comel Tina amat dekat dengan kehidupan seharian kita.

Tina gagal mendapatkan aiskrim yang diinginkan termasuk beberapa barangan lain seperti telefon pintar dan gaun puteri.

Sampaikan Tina menuduh bapanya kedekut!

Namun, Tina akhirnya sedar bahawa bapanya berjimat-cermat dan menabung untuknya demi masa hadapan.

Hong Leong Bank ingin mengajak semua pelanggan untuk memupuk semangat menyimpan demi merealisasikan impian dan harapan di masa hadapan.

Sesuai dengan temanya ‘Menyemai Impian', video raya ‘Abah Tak Bagi’ mengisahkan seorang bapa yang mencari jalan alternatif yang mudah dan jimat untuk memenuhi permintaan anak kecilnya sebagai usaha untuk menyimpan demi masa hadapannya yang cerah.

Untuk makluman anda, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank adalah merupakan ejen rasmi ASNB bermula pada 30 Mei 2018.

Pelanggan yang ingin mendapatkan produk-produk ASNB dan perkhidmatan atau membuat transaksi yang berkaitan dengan ASNB, kini boleh mengunjungi Hong Leong Bank dan
Hong Leong Islamic untuk berurusan.

e-Duit Raya

Malah, pelanggan Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank juga boleh menghantar e-Duit Raya untuk orang yang disayangi dengan cara mudah dan cepat.

Mereka juga boleh menghantar permintaan e-Duit Raya daripada orang yang disayangi (menerusi Request e-Duit Raya) dan terpulang kepada pemberi e-Duit Raya untuk meluluskan permintaan tersebut (menerusi Send e-Duit Raya).

Nilai duit raya yang ingin dihantar atau diminta juga tiada had!

Jadi tak perlu bersusah payah beratur di kaunter untuk menukar wang untuk dimasukkan ke dalam sampul raya tahun ini kerana e-Duit Raya telah menyenangkan tugas anda.

Menarik bukan? Apapun, jom saksikan video raya 'Abah Tak Bagi' sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.