Model terkenal antarabangsa Gigi Hadid dilaporkan kembali bercinta dengan bekas teman kekasihnya, Zayn Malik.

Menerusi entri di Instagram (IG), Gigi telah memuat naik gambar mesra bersama Zayn baru-baru ini.

Gambar tersebut menunjukkan Gigi sedang bersandar di pangkuan Zayn yang sedang memegang ipad dalam keadaan yang mesra.

Walaupun wajah Zayn tidak kelihatan begitu jelas namun tatu yang ada pada badan lelaki itu sudah cukup membuatkan peminat kenal bahawa lelaki itu adalah Zayn.

Namun sehingga kini status hubungan Gigi dan Zayn masih menjadi tanda tanya apabila mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kepada umum.

Sebelum ini Gigi dan Zayn mengambil keputusan untuk berpisah pada Mac lalu selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Sumber: Daily Mail

Susunan: Rozaimi Zubaidi