Peminat Mia Ahmad teruja selepas pelakon itu memuat naik video yang menunjukkan imbasan ultrasound bayi yang dikandungnya.

Video yang dimuat naik ke Instargam (IG) itu menunjukkan bayinya sedang bergerak aktif dan mengangkat tangannya.

Menerusi kapsyen Mia menulis:

“Baby saya tengah tunjuk muscle dia,”

My baby showing his muscle. ?

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang teruja melihatnya.

Rata-rata peminatnya mula meneka Mia bakal menimang cahaya mata lelaki kerana kelihatan aktif bergerak.

Terdahulu Mia Ahmad mengalami keguguran pada awal Disember tahun lalu.

Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan, 13 Januari 2017.


Instagram : Mia Ahmad
Teks oleh: Syafiqah Jalal