Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal apabila ada pihak berhutang dengannya enggan membayar semula hutang yang dipinjamkan sebelum ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, mengakui tidak teragak-agak untuk mendedahkan siapa individu yang berhutang dengannya di media sosial.

"Mintak hutang macam mintak sedekah! Asyik dok post gambar ootd kemain.

"Hutang kita dia buat tak tau ja! Telefon tak angkat mesej tak reply!.

"Hang tunggu sat! Pas ni kita letak gambar dia satu keluarga dekat sini!," tulisnya.



Rata-rata peminat berharap agar Che Ta dapat bersabar dan selesaikan masalah ini dengan baik.

"@fikryfikir: Faham perasaan Che Ta. Kita doakan agar hati dia dibukakan untuk bayar hutang. Kalau tak makan saman gak, kita hanya mampu doa Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik."

"@Zamrie: Sabar banyak-banyak Che Ta. Susah la Che Ta. Orang yang berhutang ni memang tak reti malu agaknya. Kita pula yang naik menyampah mintak duit sendiri macam mintak sedekah."

"@Hazeeq: Spesis macam ni makin membiak-biak. Travel sana sini ada duit. Beli tudung mahai-mahal ada duit tapi hutang liat nak bayar. Sabar Che Ta semoga orang yang berhutang itu dapat jelaskan hutang dengan segera."


Foto: Instagram