Perang iklan Syawal sudah bermula namun kami tertarik dengan iklan raya Watsons yang memberikan pengertian jelas tentang keikhlasan!

Kisah bermula tentang seorang pengacara popular bernama Munira yang hampir lupa diri apabila sudah berjaya dan popular. Sampaikan keluarganya pun diabaikan.

Namun, Munira mulai kembali berubah perlahan-lahan apabila diberikan sepasang cermin mata oleh seorang jurujual lelaki ketika berkunjung ke Watsons.

Munira dapat membaca isi hati orang sekelilingnya dan wajahnya akan berubah menjadi buruk sekiranya hatinya tidak ikhlas.

Jadi, Munira memasang hasrat untuk melakukan #MisiIkhlasAidilfitri untuk berubah dan berbuat baik dengan orang sekeliling

Akhirnya Munira sedar, cantik itu bukan diukur daripada rupa semata-mata tetapi hati yang ikhlas!

Video khas Watsons Raya 2018 ini sudah boleh ditonton di platform YouTube.

5 Misi Ikhlas Aidilfitri Sempena Kempen Amal Watsons Malaysia

Sementara itu, Misi Ikhlas Aidilfitri, merupakan kempen amal daripada Watsons Malaysia untuk mengajak orang ramai menyebarkan kebaikan kepada semua orang.

Jika anda mempunyai kisah/misi, kongsikan bersama kami untuk dijadikan sebagai inspirasi dan motivasi.

Kami kongsikan kembali lima Misi Ikhlas Aidilfitri yang mungkin anda sendiri pernah lalui sepanjang kehidupan harian.

1) Beri laluan kepada anggota penyelamat sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Keadaan jalan raya yang sesak menjadi terkawal dan memudahkan pergerakan anggota penyelamat untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

Contohnya kejadian yang berlaku di Terowong Menora, Ipoh.

Hasil kerjasama dan tolak ansur pemandu lain berjaya menjadikan keadaan trafik terkawal dan memudahkan urusan banyak pihak.



2) Menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Bencana alam yang berlaku di dalam dan luar negara memang sukar diduga.

Jadi, adalah menjadi lebih baik untuk kita sesama insan membantu mengurangkan beban mangsa banjir tanpa mengira agama dan bangsa.

Misalnya bantuan penempatan sementara di surau kepada 70 mangsa banjir bukan beragama Islam patut dipuji.



3) Menjualkan barangan terpakai dengan harga murah kepada individu memerlukan.

J Senthil Kumar telah menjualkan keretanya yang terpakai kepada seorang ibu tunggal dengan harga 10 sen.

"Saya tak sampai hati jual. Jadi saya fikir lebih baik bagi percuma kepada yang memerlukan," katanya.

Ibu tunggal, Rohaya Md Isa terharu apabila menerima kereta tersebut.

"Saya tidak pernah kenal siapa yang bagi. Tapi baik sungguh hati dia bantu keluarga kami," kata ibu tunggal itu.



4. Menghulurkan bantuan dan berinteraksi walau dengan individu tidak dikenali.

Hanya satu interaksi kecil dengan orang yang tak dikenali mampu memberikan makna yang besar kepada yang memerlukan.

Ady Sacol, lelaki Filipina mengalami kecederaan kaki ketika bercuti di Phuket.

Ketika di lapangan terbang, Ady bersyukur dipertemukan dengan Sean.

Remaja dari Malaysia itu membantu dan menemani Ady.

"Sean mengangkat beg saya seberat 15 kilogram dan menjaga saya seperti abang kandungnya," kata Ady.



5. Beri bantuan pertolongan cemas kepada yang memerlukan.

Seorang pemain bola keranjang dari Malaysia, Mohd Shadzwan digelar hero selepas menyelamatkan nyawa seorang lelaki di Hong Kong.

Dia melakukan bantuan pertolongan cemas, CPR berulang kali dan lelaki itu berjaya diselamatkan.



Kongsikan Misi Ikhlas anda di Facebook atau Instagram bersama hashtag #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia.

200 mata (RM1) akan didermakan ke Darul Insyirah untuk setiap penyertaan yang dibuat.

Bagaimana untuk sertainya?
1. Kongsikan kisah/misi dengan di Facebook & Instagram.
2. Gunakan hasrat #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia.
3. Pastikan posting anda umum.