Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 37, kembali bergandingan bersama aktor Remy Ishak.

Pernah mencipta fenomena menerusi muzik video lagu Kisah Hati, Remy muncul sekali lagi dalam muzik video lagu terbaru Alyah yang berjudul Jutaan Purnama.

"Masih ramai peminat saya memperkatakan mengenai gandingan kami dalam muzik video tersebut. Masih ramai peminat yang mengingati Remy yang membuat kemunculan istimewa menerusi persembahan saya di Anugerah Juara Lagu ke-26.

TQ so much @remyishak tak sangka dapat berkerjasama dgn u lagi...Byk u bantu alyah hanya Allah swt je mampu membls semoga u success dlm apa yg dilakukan ???#Jutaanpurnama #rioproduction @warnermusicmy #likemusicSDNBHD

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on


"Persembahan terbabit memberikan impak tersendiri sehingga lagu tersebut menjulang trofi Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-26.

"Sangat mudah untuk saya bekerja dengan Remy kerana keserasian itu wujud. Dia seorang pelakon yang baik dan sangat profesional. Nantikan muzik video rasmi Jutaan Purnama yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi," kata Alyah.

Bercerita mengenai kehadiran Ramadan dan Syawal, isteri kepada pengarah muzik terkemuka Datuk Ramli MS ini tidak mengambil sebarang persembahan pentas.

"Saya memberikan ruang untuk diri sendiri dan keluarga. Saya juga memberikan fokus kepada perniagaan sempena sambutan Raya.

"Namun begitu, saya turut menghadiri beberapa undangan untuk berbuka puasa. Persiapan Syawal tahun ini juga ringkas sahaja," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk kesihatan Limeshots baru-baru ini.






Selain Alyah, selebriti lain yang turut hadir ke acara tersebut ialah Ezlynn, Riz Amin, Fynn Jamal, Ikhwan dan pengasas produk kesihatan Lime Shots, Datin Yulia Rosalina Yusop.

TQ so much @limeshots_hq for having me especially to Dato Razlan & Datin @dlr_leeya congrats ?

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on


Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Alyah, Remy