Menjelang 100 hari Malaysia Baharu, pelakon popular, Maya Karin mengharapkan kesedaran masyarakat terhadap usaha menjaga kebersihan alam sekitar dapat dipertingkatkan.

Ujarnya, sikap masyarakat untuk menjaga alam sekitar suatu yang mengejutkan apabila dia sendiri melihat sampah dibuang di merata tempat selepas bazar Ramadan habis berniaga.

"Jangan lihat pembangunan setakat simen saja tapi minda, sivik dan sikap. Ini semua merujuk pada pendidikan dan kesedaran serta memastikan polisi itu dilaksanakan.

"Walaupun kita cuba menghentikan penggunaan beg plastik tapi saya masih skiptikal bagaimana kita mahu melaksanakannya," katanya menerusi program khas, 100 Hari Malaysia Baru terbitan Astro Awani, hari ini.

The protection of our flora, fauna and health of our people cannot be taken for granted! Thank you to all media for your support! Keep signing the petition peeps! ???? #alamsekitar https://www.change.org/p/government-of-malaysia-we-need-an-environment-natural-resources-ministry-in-the-pakatan-harapan-government

A post shared by Mayaka Roe (@maya_karin) on


Maya memberitahu dia terbabit dengan kempen alam sekitar sejak tahun 2008 dan pernah melaksanakan kempen sama bersama 24,000 murid sekolah sejak 2 tahun lalu.

Sejak tiga minggu lalu, Maya juga mengajak orang ramai untuk bersamanya memberi sokongan dengan menurunkan tandatangan satu petisyen meminta kerajaan Pakatan Harapan mewujudkan kementerian alam sekitar.

Merujuk pada pautan petisyen tersebut di change.org, seramai 76,961 individu sudah menandatanganinya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @maya_karin