Bahang sambutan Syawal semakin dirasakan apabila kita sudah melewati 10 hari terakhir untuk berpuasa.

Saban tahun, selain baju Raya, pasti ada yang mencari barangan baru yang dibeli bersempena kemeriahan Hari Raya.

Masih tercari-cari barangan yang harus didapatkan bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini? Courts ada jawapannya!

Bersempena dengan sambutan Raya yang bakal menjelang tiba, Courts menawarkan 14 produk dengan harga promosi menakjubkan! Gila, memang tak masuk akal!

Menerusi kempen Bijak Berbelanja Senang Raya 2018, Courts memberikan penjimatan hebat kepada semua pelanggan.

Menerusi Pelan Courts Flexi Kredit, kadar bulanan tetap hanya 1.25 peratus sebulan.

Begitu mudah dan pantas, semua transaksi berlangsung dalam masa 24 jam dan anda hanya perlu bawa MyKad serta penyata gaji atau KWSP.

Untuk pengetahuan anda, segalanya akan menjadi lebih mudah kerana Pelan Courts Flexi Kredit tidak memerlukan sebarang deposit!

Pelanggan boleh menyelesaikan pembayaran Pelan Courts Flexi Kredit mereka dengan lebih awal tanpa caj!

Dapatkan iPhone 8 Plus 64GB dengan harga Promosi RM3999 sahaja!

Jimat RM150 berbanding harga asal, RM4149, dapatkan diskaun kredit 50% dengan pembayaran sebanyak RM84 x 60 bulan!

Telefon pintar berukuran 5.5" dengan kamera 12MP dan 7MP ini hampir sama fungsinya dengan iPhone X.

Dikuasakan oleh A11 Bionic Chip, pastinya pengalaman mengendalikan telefon pintar ini akan menjadi lebih smooth bersama teknologi fast charging serta didatangkan dengan warna gold, space grey dan grey.

Seterusnya, dapatkan pembersih hampagas jenama SHARP model ECNS16R dengan harga promosi bernilai RM229! Ha, kaum ibu pastinya menggemari penjimatan ini kerana pembersih hampagas membantu untuk memudahkan kerja pembersihan rumah.

Dapatkan penjimatan RM110 berbanding harga asal RM339. Dilengkapi fungsi penapis HEPA (High Efficiency Particulate Air), pembersih hampagas berkuasa 1600W ini mampu memerangkap 1.0L habuk.

Dapatkan juga pengisar jenama MILLE model MEB-115. Dijual pada harga RM98, dapatkannya dengan harga promosi RM55 sahaja! Anda jimat RM43!



Berkapasiti 1.5L, ia sangat ringan dan mudah dibersihkan!

Pengisar ini juga disertakan dengan jaminan selama 3 bulan dari tarikh pembelian!

Jangan risau kerana ia turut didatangkan dengan satu lagi bekas untuk pengisar kering.

Beli Dapur jenama PENSONIC model PGC-22N dengan harga Promosi RM55 sahaja! Dengan penjimatan sebanyak RM8, harga asal dapur ini ialah RM63.

Dapur gas 2 penunu dengan penyalaan automatik ini begitu senang untuk digunakan! Tidak perlu mancis atau pemetik api, tidak berkarat serta mudah dibersihkan!

Beli seterika jenama MILLE model MEI-508 dengan harga Promosi RM30 sahaja! Anda dapat berjimat RM39 berbanding harga asalnya sebanyak RM69.



Seterika Wap dengan kuasa 1200W ini sangat mudah untuk digunakan! Ia sangat ringan dan apa yang penting, plat tapak tidak melekat!

Bagi anda yang kaki drama, dapatkan televisyen SHARP jenama LC40LE185M dengan harga promosi RM1099 sahaja!

Jimat sebanyak RM400 kerana harga asal televisyen ini ialah RM1499.

Dapatkan diskaun kredit sebanyak 50% dengan pembayaran RM23 selama 60 bulan.

Pastinya televisyen bersaiz 40 inci memuaskan hati anda kerana datang dengan 2 tahun jaminan serta paparan Full HD bersama satu HDMI input dan USB input.

Selain itu, dapatkan televisyen 43 inci jenama PHILIPS dengan harga promosi RM1199.



Anda jimat RM600 kerana harga asal televisyen ini ialah RM1799.

Dapatkan diskaun kredit 50% iaitu pembayaran RM25 selama 60 bulan.

Dengan dua tahun jaminan, televisyen ini dijual dengan harga terendah di pasaran, hanya di Courts!

Beli penyaman udara jenama HAIER model HSU 09LRA15 dengan harga promosi sebanyak RM699! Jimat RM500 kerana penyaman udara ini ialah RM1199.



Dapatkan diskaun kredit 50% dengan pembayaran RM15 selama 60 bulan. Dilengkapi 1 kuasa kuda, penyaman udara ini juga dilengkapkan dengan timer 24 jam yang boleh dilaraskan.

Dapatkan juga peti sejuk jenama SHARP model SJ433TSL dengan harga promosui sebanyak RM1199 sahaja!



Jimat RM500 kerana penyaman udara ini ialah RM1699 serta diskaun kredit 50% dengan pembayaran RM25 selama 60 bulan.

Dengan kapasiti 380L, peti sejuk 2 pintu ini dilengkapi dengan bahagian seju beku di atas dan disempurnakan dengan sistem no frost dan nano deodorizer yang menguraikan bau busuk dalam peti sejuk anda.

Istimewanya, ia turut dilengkapi dengan lampu LED di dalamnya!

Seterusnya, beli mesin basuh jenama Samsung kapasiti 8.5L dengan harga promosi RM899 sahaja!

Harga asalnya ialah RM1139 dan anda dapat jimat RM240!

Mesin basuh ini disertakan dengan sistem pengeringan turbo yang memerah pakaian hingga hampir kering dan anda tidak perlu menjemur pakaian terlalu lama, mudah bukan?

Ia juga dilengkapi dengan penapis efektif yang mengumpul semua kotoran, bulu dan habuk yang keluar dari pakaian anda serta dijamin tahan lebih lama

Beli set meja makan Harper untuk 6 orang yang didatangkan dengan warna dirty oak dengan harga promosi sebanyak RM699, mudahnya!

Anda berjimat RM800 kerana harga asal set meja makan ini ialah RM1499!

Diskaun kredit 50% degan pembayaran RM15 selama 60 bulan.

Lengkapkan Syawal anda dengan sofa jenama ATLAS yang dijual dengan harga promosi RM349 sahaja!

Berbanding harga asal RM799, anda berjimat RM450 dan dapatkan diskaun kredit 50% dengan pembayaran RM8 selama 60 bulan!

Sofa dua dalam satu ini menarik kerana selain digunakan sebagai sofa, ia juga boleh dijadikan katil!

Materialnya terdiri dari fabrik dan sekiranya terdapat kekotoran anda boleh mencabut pelapik ini dan mencucinya di dalam mesin basuh!

Istimewanya, ia didatangkan dengan warna merah dan mampu memuatkan 3 orang

Seterusnya, beli bangku bulat jenama HANNA dengan harga promosi sebanyak RM15 sahaja! Jimat RM4 dari harga asal yang bernilai RM19!

Paling akhir sekali, sambut Syawal dengan laptop baru jenama ACER SWIFT 3 BLUE!

Dapatkan dengan harga promosi RM2849 dan jimat RM50 dari harga asalnya iaitu RM2899!

Dengan ciri minimalis dan ringkas, laptop 14 inci ini datang dengan ketebalan 17.95mm sahaja!

Jangka hayat bateri 10 jam, laptop ini hanya seberat 1.8kg dan datang dengan i5 processor, 4GB / 256GB, intel UHD Graphics 620!

Setiap pembelian laptop ACER SWIFT 3 BLUE, dapatkan sebuah beg galas secara percuma dan kad pengguna McAfee.

Jangan lupa untuk Bijak Berbelanja Senang Raya 2018 dengan Courts!

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan kesemua barangan yang anda inginkan untuk rumah anda di Courts berhampiran dengan anda sekarang.

Anda boleh melayari laman web www.courts.com.my/storelocator untuk menyemak cawangan Courts yang berhampiran.

Anda juga boleh pergi ke laman Instagram Courts iaitu @courts_my dan laman Facebook COURTS untuk lebih info!