Dramatis jelita Rozita Che Wan memberitahu dia telah menyediakan 20 pasang baju untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

Katanya, semua 20 persalinan raya setiap seorang dalam keluarganya telah siap bergosok dan digantung di bilik pakaiannya.

"Memang sudah tak sabar nak beraya ni. Tengok baju raya pun rasa macam dah dekat sangat nak raya!

"Cuma tahun ini jumlah baju raya tak sampai 30 pasang macam tahun lepas.

"Setakat ini, kesemua 20 pasang sudah siap digosok. Malah, baju Melayu suami dan anak-anak pun sudah siap dipasangkan butang.

"Tinggal nak pilih warna apa nak pakai raya ke berapa," cerita Che Ta bersungguh-sungguh.

Pelakon itu sangat sinonim dengan gaya raya saban tahun dan menjadi selebriti berfesyen paling ditunggu-tunggu setiap kali tibanya Syawal.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rozitachewan1