Penyanyi Wani yang popular dengan lagu Alhamdulillah dikecam netizen gara-gara sepotong video menari berlatarkan lagu Bboom Bboom (Momoland) baru-baru ini.

Bagaimanapun, video itu sebenarnya telah dimuatnaik oleh sahabat baiknya, Wani Kayrie di laman sosial Instagramnya.

Tag kawan korang yang kaki Kpop ? Lupa nak bagitahu! Tengok kami The Wani's sahut cabaran dari team Muzik Muzik esok jam 11 malam di TV3 okay ?? Repost @muzikmuzik_33 • • • Bila kita ada kawan yang sama-sama into K-POP - Siapa yang ada kawan macam ni? ??‍♀️ Sila tag kawan u all. Nak tengok tak The Wani’s bergabung dalam segmen “Lepak Jap”. Saksikan Muzik-Muzik, Isnin (besok), jam 11 malam, di @tv3malaysia. #muzikmuzik33 #mm33 @wanikayrie @wanimusic

A post shared by Wαni Kαyrie ♡ (@wanikayrie) on


Wani yang bertudung hitam labuh menutupi paras dadanya diselar netizen dan disifatkan kurang sopan serta tidak menghormati bulan Ramadan.

"Simpan ja video.. takyah post. Nak post pon buat private. Untuk tatapan member girl jugak. Buat public camni undang maki orang dan yang pasti murka Allah," tulis salah seorang pengguna.






Namun, ada juga segelintir netizen yang menyokong kedua-dua penyanyi itu memuat naik video berkenaan sekadar untuk berhibur.

"Bagus, bagus... Pandai menari Geng Wani ni," tulis salah seorang pengguna.

"She is still young, let her live her life la," tulis @alishaaly.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @wanimusic, @wanikayrie