Penyanyi Tajul meluahkan kemarahan di Instastory akaun media sosial Instagramnya semalam berpesan kepada netizen agar menjaga pertuturan.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada komen-komen netizen di media sosialnya yang menyelar tindakan Tajul memanggil seorang wanita ketika membeli pakaian raya sebagai isterinya.

"Mulut longkang ramai betul bulan puasa ni. Syaitan sudah kena ikat dah.

"Sayangilah mulut anda, tak pasal-pasal je kau terjamah benda yang tak patut kau jamah der.

"Jaga hal sendiri dah. Nak cakap kau besar, aku pun hidup bukan sebatang kara.

"Tapi kita ada undang-undang ley. Tak perlung angkat lu punya baju tinggi-tinggi. Sedih.

"Hormat satu sama lain, tu pun dah cukullah brader," tulis penyanyi itu.



Isnin lalu, menerusi Instastory sebuah butik pakaian popular, Tajul terlepas cakap memanggil gadis berbaju sedondon dengannya itu merupakan isterinya.

Bagaimanapun, Tajul telah menafikan perkara terbabit dan panggilan itu demi mengambil hati teman wanitanya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @tajulofficial