Penyanyi yang popular menerusi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn mengakui krisis rumah tangga yang dihadapi olehnya membuatkan dia semakin kuat.

Setahun kisah hitam tersebut berlalu, Ezlynn kini melalui kehidupan dengan lebih tenang.

"Soal masalah rumah tangga yang saya hadapi dahulu, saya enggan mengimbasnya kembali kerana saya sedar, perkara ini sangat sensitif.

"Saya juga tak mahu mengulas lebih-lebih. Biarlah, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

"Kembali menggalas status sebagai wanita solo, saya sibukkan diri dengan kerja. Apa yang boleh saya katakan, saya sudah move on. Semua yang saya hadapi membuatkan saya semakin kuat," katanya.

BACA: "Krisis Rumah Tangga Jadikan Saya Semakin Kuat" - Ezlynn Akui Sudah Move On

Penyanyi yang popular menerusi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn mengakui krisis rumah tangga yang dihadapi olehnya membuatkan dia semakin kuat.

Setahun kisah hitam tersebut berlalu, Ezlynn kini melalui kehidupan dengan lebih tenang.

"Soal masalah rumah tangga yang saya hadapi dahulu, saya enggan mengimbasnya kembali kerana saya sedar, perkara ini sangat sensitif.

"Saya juga tak mahu mengulas lebih-lebih. Biarlah, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

"Kembali menggalas status sebagai wanita solo, saya sibukkan diri dengan kerja. Apa yang boleh saya katakan, saya sudah move on. Semua yang saya hadapi membuatkan saya semakin kuat," katanya.

BACA: Belum Berhijab, Ezlynn Mohon Doa Peminat

Bakal muncul dengan single terbaru, Ezlynn mencari masa sesuai untuk melancarkan buah tangan terbarunya.

"Alhamdulillah, lagu saya dicipta oleh abang kepada penyanyi Dina Nadzir. Lagu terbabit masih mengekalkan konsep rancak yang sudah menjadi 'signature' saya.




"Saya sedang mencari masa yang sesuai untuk melancarkannya. Kini, saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri berjudul 30 Juzuk Cinta," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk kesihatan Limeshots baru-baru ini.

Selain Ezlynn, selebriti lain yang turut hadir ke acara tersebut ialah Datin Alyah, Riz Amin, Fynn Jamal, Ikhwan dan pengasas produk kesihatan Lime Shots, Datin Yulia Rosalina Yusop.

Teks: Kamaruddin Razal