Pelakon Zulin Aziz akui dia kini sedang didekati seorang jejaka Indonesia.

Zulin memberitahu mereka berkenalan ketika bercuti di negara seberang itu pada tahun lalu.

“Memang benar (sedang menjalinkan hubungan cinta).

“Cuma saya tak mahu terlalu galak bercerita.

“Biarlah dulu. Kita doa yang baik-baik, Insya-Allah.

"Kami hanya kenal begitu saja. Saya tak duga, dia benar-benar mahu membawa perkenalan ini ke tahap yang lebih serius.

"Saya sendiri pun tidak melayannya sangat," katanya.

Terdahulu, Zulin menerusi akaun peribadi Instagram miliknya telah memberi bayangkan yang dia bakal menamatlam zaman bujang dengan memuat naik foto model berbaju perkahwinan.

Lebih menguatkannya lagi, Zulin menulis kapsyen seperti:

"Insya-Allah, Amin. Semoga dipermudahkan,”

Menurut laporan BH Online, khabarnya jejaka itu bukan calang-calang orang, sebaliknya ahli politik di republik berkenaan.

Sumber: BH Online