Gaya Raya Paling Ori merupakan filem pendek yang diterbitkan pihak Astro bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018.

Lari daripada kebiasaan, filem pendek yang mengangkat semangat #MeriahBersama ini memaparkan sesuatu yang mencuit hati, berbeza dengan karya sebelum ini.

Memaparkan keletah seorang jejaka bernama Wak Nik yang berada dalam dilema untuk memilih busana yang mahu digayakan sempena sambutan Raya, kisah ini disampaikan dalam cara unik dan menggeletek hati peminat.

Ia turut memaparkan topik yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia masa kini. Kedua-dua topik tersebut yang bakal bermula tidak lama lagi iaitu demam Piala Dunia 2018 serta kemeriahan sambutan Syawal.

Semenjak dimuat naik di laman Facebook Astro Gempak pada 28 Mei lalu, video berdurasi 5:01 minit ini berjaya meraih hampir 2.5 juta capaian netizen serta mendapat lebih satu juta tontonan di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, video ini turut mendapat hampir 9,000 perkongsian di laman Facebook.

Turut dimuat naik di laman YouTube, kisah Gaya Raya Paling Ori yang turut menampilkan pelakon Sabri Yunus sebagai penampilan istimewa ini juga menduduki carta trending YouTube.

Mari kita saksikan video Gaya Raya Paling Ori: