Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan had usia belia kepada 30 tahun dalam memastikan pemimpin belia dapat memberikan idea yang segar untuk pembangunan negara.

Baginya, Dasar Belia Malaysia dilihat sebagai dasar populis yang omong-omong untuk menarik undi belia.

"Ini adalah memalukan. @PemudaUmnoMsia sejak dulu adalah tapak org baru utk melonjak naik & letak diri mereka sebg pemimpin masa dpn harapan negara.

"DS @HishammuddinH2O berusia 38 th ketika beliau pegang jwtn KP UMNO sblm YB @Khairykj ambil alih ketika beliau berusia 33 thn," katanya dalam satu surat terbuka kepada Pemuda UMNO Malaysia yang disiarkan menerusi status di Twitternya, hari ini.

Ujarnya, jika UMNO ikhlas mahu berubah, mereka perlu menunjukkan dedikasi kepada belia.

"Mengangkat dasar yg YB @Khairykj sendiri gagaskan adalah 1 kemestian. Cadangan ini bukan shj akan beri impak kpd UMNO tetapi ia juga akan cetus gelombang kpd parti2 lain," katanya.

Baginya, ketika Pakatan Harapan menerusi parti komponen bersaing meletakkan calon muda yang juga berbakat, UMNO masih terperangkap dalam masa silam dan masih berpegang pada individu yang berusia untuk memegang jawatan Ketua Pemuda.

"Boleh difahami bahawa meletakkan calon di bawah usia 30 tahun adalah sukar, tetapi melakukan pemilihan dengan calon di bawah usia 40 tahun adalah amalan yang minima," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @syedsaddiq